Seorang pekerja meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa cuti sakit (MC) miliknya tidak diterima oleh majikan hanya kerana masih berada dalam tempoh probation. Menurut pekerja tersebut, situasi itu menimbulkan persoalan tentang sejauh mana hak pekerja probation difahami dan dihormati oleh sesetengah majikan.
Menurut luahannya, dia tetap memberikan komitmen penuh sepanjang bekerja walaupun masih dalam tempoh percubaan. Malah, dia mendakwa sentiasa datang awal dan berusaha menyiapkan tugas sebaik mungkin seperti pekerja lain.
“Aku tahu la masih probation, tapi aku tetap datang awal dan buat kerja sehabis baik. Tapi siapa yang tak sakit hati bila boss cakap, ‘Staf probation tak layak MC.’ Kitorang pun manusia juga, bukan robot. Walaupun baru sekejap bekerja, sakit tu bila-bila masa je boleh datang,” katanya.
Tambah pekerja itu lagi, dia bimbang sekiranya salah faham berkaitan hak pekerja probation ini terus berlaku, ia boleh memberi kesan kepada kebajikan pekerja termasuk isu pemotongan gaji.
“Aku faham probation memang tempoh company nilai pekerja. Tapi probation bukannya lesen untuk layan pekerja sesuka hati. Bila jadi macam ni, takut silap hari bulan gaji pun boleh kena potong. Kadang aku tertanya juga, majikan tahu tak sebenarnya pekerja probation pun ada hak untuk MC, atau masih ramai yang keliru?” luahnya.
📩 PM Syazna World https://hrservice.wasap.my/
🎁 Daftar PERCUMA 30 minit consultation sementara slot masih ada!


















