Satu rakaman yang viral memaparkan seorang staf premis makanan didakwa memaki pelanggan sebelum bertindak kasar dengan membaling cawan tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata menyifatkan tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku walau apa jua keadaan.
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika premis berdepan waktu operasi yang sibuk. Dalam situasi seperti ini, tekanan kerja dalam industri F&B sememangnya tinggi, lebih-lebih lagi apabila pelanggan ramai, pesanan tidak putus-putus dan jumlah staf tidak mencukupi. Namun begitu, pelanggan yang sudah membuat bayaran dan menunggu lama juga mengharapkan layanan yang baik. Apabila emosi kedua-dua pihak gagal dikawal, pertelingkahan boleh tercetus dan akhirnya menjejaskan imej perniagaan.
Mengulas perkara itu, majikan disarankan supaya tidak terus mengambil tindakan berdasarkan emosi atau video yang tular semata-mata. Sebaliknya, siasatan dalaman perlu dijalankan dengan mendapatkan penjelasan daripada semua pihak serta mengumpulkan bukti sebelum sebarang tindakan disiplin diputuskan. Syazna World membantu majikan mengurus kes salah laku staf melalui khidmat nasihat HR, siasatan dalaman dan penyediaan dokumen tindakan disiplin yang betul supaya setiap keputusan dibuat secara adil, profesional dan mematuhi prosedur.
📩 PM Syazna World: https://hrservice.wasap.my/
🎁 Daftar PERCUMA 30 minit konsultasi sementara slot masih ada



















