June 22, 2026

Staf Intern Kantoi Kerja Di Tempat Lain Masa Office Hour! Ini Yang Berlaku & Apa Majikan Perlu Buat?

Poster Status Whatsapp (18)

Seorang staf intern yang pada mulanya dilihat berpotensi dan mudah dibentuk, akhirnya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan majikan selepas sebulan bekerja. Pada awal tempoh internship, semuanya berjalan seperti biasa kehadiran konsisten, tugasan disiapkan, dan sikap juga menunjukkan perkembangan yang positif. Namun, keadaan mula berubah apabila masuk bulan kedua.

Menurut perkongsian, staf intern tersebut mula kerap tidak hadir ke tempat kerja dengan pelbagai alasan diberikan seperti urusan keluarga, masalah kesihatan, dan hal peribadi. Walaupun mengambil unpaid leave, situasi ini tetap menimbulkan keraguan kerana kekerapan ketidakhadiran yang agak luar biasa. Lebih membingungkan, prestasi kerja juga mula terjejas dan tugasan sering tertangguh.

Apa yang lebih mengejutkan, pihak syarikat kemudian menerima maklumat daripada staf lain yang mendakwa ternampak intern tersebut keluar masuk dari sebuah syarikat lain dalam keadaan berpakaian kerja. Pada awalnya, perkara itu disangka salah faham, namun selepas siasatan tidak rasmi dibuat, maklumat tersebut disahkan intern berkenaan dipercayai bekerja di tempat lain dalam tempoh office hour yang sepatutnya diperuntukkan untuk latihan industri di syarikat asal.

Situasi ini jelas menimbulkan persoalan besar dari sudut disiplin dan integriti pekerja. Ia bukan lagi sekadar isu kehadiran atau prestasi, tetapi turut melibatkan aspek kejujuran, amanah, dan komitmen terhadap tanggungjawab sebagai intern. Dalam keadaan seperti ini, majikan tidak wajar bertindak terburu-buru atau beremosi.

Sebaliknya, langkah yang lebih tepat adalah dengan melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu, mengumpul bukti yang kukuh, serta menyemak semula terma perjanjian internship sebelum mengambil sebarang tindakan seperti warning letter atau termination. Proses ini penting bagi memastikan tindakan yang diambil adalah adil dan selari dengan prosedur HR syarikat.

Bagi majikan yang berdepan situasi seperti ini dan tidak pasti langkah seterusnya, Syazna World boleh membantu dalam pengurusan kes HR dengan lebih profesional. Antara bantuan yang disediakan termasuk semakan kes, penyediaan dokumen HR seperti warning letter dan show cause letter, serta panduan tindakan yang sesuai mengikut prosedur.

📩 PM Syazna World sekarang: https://wa.me/601155871677
🎁 Daftar free 30 minit consultation sementara slot masih ada!

Featured articles
Premium online guides