HR Outsourcing

You are here:

Bebaskan Perniagaan Anda dari Beban HR – Serahkan kepada Pakar Syazna World untuk Kecekapan Maksimum!

Kenali kami:

Selamat datang ke Syazna World! Kami adalah pakar dalam penyelesaian HR outsourcing yang berfokus membantu perniagaan kecil dan sederhana mencapai kecekapan dan produktiviti maksimum. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri, kami memahami dan menangani cabaran unik yang dihadapi oleh majikan dalam menguruskan sumber manusia mereka.

Apa yang Kami Tawarkan?

Di Syazna World, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan HR outsourcing yang direka khas untuk memenuhi keperluan perniagaan anda:

Pengurusan Gaji

Pastikan setiap sen diuruskan dengan tepat dan efisien.

Pengurusan Prestasi dan KPI

Meningkatkan prestasi pekerja dengan sistem penilaian yang menyeluruh.

Konsultasi HR

Dapatkan nasihat pakar tentang pematuhan undang-undang buruh dan amalan terbaik HR.

Pembinaan Polisi dan SOP

Rangka dan urus polisi serta SOP yang jelas dan teratur.

Pengurusan Disiplin Pekerja

Pastikan tempat kerja sentiasa profesional dan produktif dengan sistem pengurusan disiplin yang tegas dan adil, menjaga moral dan etika kerja yang tinggi

Transformasi Pengurusan HR Anda Hari Ini!

Dapatkan konsultasi percuma dengan pakar kami dan lihat bagaimana kami boleh membantu anda mencapai kecekapan HR yang lebih tinggi.

Adakah anda menghadapi cabaran ini?

Serahkan urusan berkaitan HR anda kepada kami untuk kami menjadi Jabatan HR untuk Syarikat anda.

Majikan Kena Buat Semua Perkara Sendiri

Mengurus HR sambil menjalankan operasi harian boleh menjadi sangat membebankan. Dengan Syazna World, anda boleh fokus pada perniagaan teras anda dan biarkan kami uruskan hal-hal HR.

Tak Tahu Cara yang Betul Potong Gaji Pekerja

Penggajian yang salah boleh menyebabkan ketidakpuasan pekerja dan masalah undang-undang. Kami pastikan semua penggajian dilakukan dengan betul mengikut undang-undang.

Tak Tahu Cara Nak Buat Pekerja Gembira dan Produktif:

Memotivasi dan mengurus pekerja memerlukan strategi yang tepat. Kami membantu anda dengan program pengurusan prestasi dan latihan yang berkesan.

Ada Pekerja Internal HR Tapi Tak Kompeten

Mempunyai pekerja HR yang kurang kompeten boleh menjejaskan seluruh operasi syarikat. Pakar kami akan memberikan latihan dan sokongan yang diperlukan.

Ada Pekerja Internal HR Tapi Bukan Orang Graduate HR

Kekurangan pengetahuan khusus dalam HR boleh menjadi halangan besar. Kami menawarkan konsultasi dan sokongan berterusan untuk memastikan semua proses HR anda berjalan lancar.

Polisi dan SOP Berterabur

Polisi dan SOP yang tidak teratur boleh menyebabkan kekeliruan dan ketidakcekapan. Kami membantu anda merangka dan mengurus dokumen HR dengan lebih baik.

Takda Orang Nak Buat Payroll

Payroll adalah tugas yang kritikal tetapi memakan masa. Biarkan kami uruskan payroll anda dengan tepat dan efisien setiap bulan.

Transformasi HR dalam Genggaman Anda!

Biarkan kami uruskan HR anda, supaya anda boleh fokus pada apa yang penting – mengembangkan perniagaan anda.

Kenapa Pilih Kami

Dengan Syazna World, anda akan menikmati

Kecekapan Operasi

Fokus pada perniagaan teras anda dan biarkan kami uruskan HR.

Ketepatan dan Pematuhan

Semua proses HR kami mematuhi undang-undang buruh 1955.

Kepakaran dan Pengalaman

Dapatkan khidmat dari pakar HR yang berpengalaman dan kompeten.

Penyelesaian yang Disesuaikan

Perkhidmatan yang disesuaikan mengikut keperluan khusus perniagaan anda.

Jangan Biarkan Cabaran HR Menghalang Kejayaan Anda!

Hubungi kami hari ini dan dapatkan konsultasi percuma tentang bagaimana kami boleh membantu anda mencapai kecekapan HR yang lebih tinggi.
Dengan Syazna World, anda boleh yakin bahawa semua keperluan HR anda akan diuruskan dengan profesionalisme dan dedikasi yang tinggi. Jom ubah cara anda menguruskan sumber manusia dan rasai perbezaannya!

Masa Operasi

8:00 pagi – 5:00 petang
(Isnin – Jumaat)

Syazna World

Lot 19-1, Jalan Bandar Rawang 3, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Hubungi

011-5587 1677

© Copyright 2024. All Rights Reserved. Syazna World 202003247779 (MA0255174-K)