Aku nak share satu benda yang betul-betul buat aku tersedar sebagai majikan. Dekat ofis aku ni asalnya ada 2 staf je. Tapi haritu sorang dah berhenti, tinggal sorang je untuk handle semua kerja. Mujur staf ni memang jenis yang boleh harap, kerja laju, kemas, datang on time dan jarang buat hal. Sebab dia serba boleh, aku pun makin yakin serahkan banyak benda dekat dia. Dalam fikiran aku masa tu, selagi dia boleh handle, kerja masih boleh jalan.
Sampailah satu hari, aku masuk ofis lambat sikit dan masa tu cuma ada dia seorang. Kebetulan aku nak masuk bilik dia, tapi pintu terbuka. Dia duduk membelakangi pintu, jadi dia tak perasan aku ada dekat situ. Masa tu aku terdengar dia tengah call seseorang sambil menangis. Aku dengar dia cakap dia penat kerja, tapi dia tetap kena kuat dan terus perform sebab gaji yang dia dapat sekarang ni dia guna untuk tanggung check-up mak dia dekat hospital. Masa tu jujur cakap, aku terus sebak. Aku ni memang hati tisu. Dekat situ juga aku menangis. Baru aku sedar staf ni terlalu baik sampai kerja staf yang dah berhenti pun dia sanggup cover sekali. Aku akui, aku memang pernah terfikir nak hire orang baru, tapi asyik tangguh sebab nampak dia masih boleh manage. Siap naikkan gaji lagi sebab aku fikir itu dah cukup sebagai penghargaan.
Tapi rupanya aku silap. Tiba-tiba satu hari staf ni jatuh sakit dan aku sendiri terpaksa handle kerja dekat office. Masa tu pula ramai client masuk serentak. Baru aku betul-betul faham macam mana rasa burnout bila terpaksa handle semuanya seorang diri. Yang buat aku lagi tersentuh, staf ni tak pernah sekali pun complain. Tak pernah mengadu dia penat atau burnout. Dia diam dan tanggung semuanya sendiri. Disebabkan aku tak nak terlambat dan kehilangan staf yang macam ni, aku terus dapatkan bantuan Syazna World untuk bantu iklankan jawatan yang aku perlukan. Syazna World bantu majikan melalui siasatan dalaman dan konsultasi HR supaya isu manpower, workload dan burnout dapat dikenal pasti lebih awal sebelum syarikat kehilangan staf penting.
PM Syazna World https://hrservice.wasap.my/
Daftar PERCUMA 30 minit consultation sementara slot masih ada!















