Bayangkan sedang sibuk di pejabat, tiba-tiba pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) muncul dengan surat rasmi audit pematuhan HR akan dilakukan hari itu juga.
Tiada notis awal. Tiada persediaan. SOP tak lengkap.
Majikan SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana) terus panik. HR kelam-kabut cari dokumen, staf tak tahu apa nak jawab, malah ada fail yang hilang entah ke mana.
Situasi ini bukan luar biasa. Di Syazna World, kami sering dihubungi majikan yang baru “kena audit mengejut” dan tidak bersedia langsung.
Dalam artikel ini, kita akan kupas:
- Apa itu audit JTK?
- Kenapa SME jadi sasaran?
- Apakah dokumen & SOP yang wajib ada?
- Dan bagaimana syarikat anda boleh elak panik dan lulus audit dengan yakin.
Apa Itu Audit JTK?
Audit JTK ialah pemeriksaan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk pastikan majikan:
- Patuh kepada Akta Kerja 1955
- Tidak melanggar hak pekerja
- Menyimpan dokumen & SOP HR yang lengkap
Pegawai JTK boleh datang secara mengejut ke premis syarikat, atau menghantar surat audit beberapa hari lebih awal.
Kenapa SME Selalu Jadi Sasaran?
Ramai fikir JTK hanya fokus kepada syarikat besar. Tapi hakikatnya, SME pun sering diaudit, kerana:
- Kurangnya kesedaran tentang akta buruh
- Tiada sistem HR yang kemas
- Aduan pekerja terhadap syarikat kecil makin meningkat
Sebagai syarikat perunding HR, kami di Syazna World melihat trend ini meningkat, terutamanya selepas pandemik dan perubahan polisi pekerjaan dalam negara.
Apa Akan Berlaku Semasa Audit?
Pegawai JTK akan minta semakan terhadap:
- Rekod kehadiran pekerja
- Bayaran gaji, slip & potongan KWSP/SOCSO/EIS
- Surat lantikan, kontrak kerja
- Polisi dalaman syarikat (SOP)
- Buku daftar pekerja
- Rekod cuti & sakit
- Fail disiplin (jika ada)
- Prosedur pemberhentian kerja (jika relevan)
Jika dokumen tidak lengkap atau tidak disimpan dengan betul, syarikat boleh:
- Dikenakan amaran
- Didenda sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan
- Disenarai hitam atau dikenakan pemantauan berkala
7 Punca Kenapa Majikan Panik Semasa Audit
1. Tiada SOP Sumber Manusia Yang Jelas
SOP penting untuk tunjukkan struktur kerja yang sah dan adil. Tapi ramai SME tak pernah dokumenkan proses:
- Ambil pekerja
- Disiplin dan amaran
- Pemecatan atau penamatan
- Penilaian prestasi
2. Surat Tawaran & Kontrak Kerja Tidak Standard
Ramai masih guna “surat tawaran ringkas” tanpa butiran penting seperti tempoh percubaan, waktu kerja, atau elaun. Ini melanggar Akta Kerja.
3. Rekod Gaji Tidak Dikemaskini
Slip gaji tak disimpan. Potongan KWSP tak seragam. Gaji OT dikira manual tanpa bukti. Semua ini tanda bahaya.
4. Tiada Buku Daftar Pekerja
Undang-undang mewajibkan setiap majikan simpan maklumat pekerja dalam rekod khas. Banyak SME langsung tak tahu ini perlu.
5. HR Guna Sistem Manual
Semua dokumen dalam fail fizikal, mudah hilang atau rosak. Tanpa sistem digital, cari satu fail pun ambil masa lebih 20 minit dan JTK takkan tunggu.
6. Tidak Faham Akta Kerja
HR tak tahu beza pekerja tetap vs kontrak. Tak tahu tentang cuti bersalin, hari rehat wajib, atau kadar OT. Akhirnya melanggar undang-undang tanpa sedar.
7. Staf Tidak Diberi Latihan
Jika staf disoal oleh pegawai audit, mereka tak tahu prosedur syarikat. Ini beri imej tidak profesional dan boleh menjejaskan keputusan audit.
Apa Yang Majikan Boleh Buat Sekarang?
1. Audit Dalaman HR
Sebelum JTK datang, buat audit dalaman. Semak semula dokumen pekerja, surat tawaran, SOP, dan gaji.
Di Syazna World, kami bantu klien kami lakukan audit HR secara menyeluruh untuk bersedia dari segi:
- Pemfailan
- Dokumen
- Struktur SOP
2. Bina atau Kemas Kini SOP HR
Contoh SOP penting:
- SOP pengambilan staf
- SOP cuti dan kehadiran
- SOP tindakan disiplin
- SOP tamat kerja
Kami bantu bina SOP ikut keperluan industri dan saiz syarikat.
3. Latih Staf HR dan Penyelia
Fahamkan mereka tentang hak pekerja, dokumen penting, dan cara layan pegawai audit. Ilmu ini penting untuk jaga reputasi syarikat.
Kes Studi: Audit Mengejut Buat Syarikat Kecil Gagal
Salah seorang klien kami syarikat pembekal alat elektrik menerima lawatan audit JTK tanpa notis. Mereka tiada buku daftar pekerja, kontrak tak lengkap, dan gaji dikira manual.
Hasilnya:
- Dikenakan 3 surat amaran
- Denda RM5,000 kerana gagal patuh Akta Kerja
- Terpaksa buat audit semula setiap 3 bulan
Selepas dapat bimbingan penuh dari Syazna World, mereka berjaya susun semula semua dokumen dan lulus audit berikutnya tanpa isu.
Penutup: Audit JTK Bukan Untuk Ditakutkan Tapi Untuk Disediakan
Audit bukan ancaman ia satu peringatan supaya kita jaga kebajikan pekerja dan struktur HR kita dengan lebih baik. Masalahnya hanya timbul bila syarikat tidak bersedia.
Jika anda majikan SME, jangan tunggu surat audit baru nak bertindak. Mulakan audit dalaman anda hari ini.
JTK Datang Esok? SOP Tak Siap?
Tenang. Kami di Syazna World sedia bantu dari fail pekerja hingga kontrak kerja.
Whatsapp team kami sekarang di +60-11-5587 1677





