Dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar hari ini, isu aliran tunai (cashflow) bukan lagi perkara asing bagi kebanyakan syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (SME). Namun begitu, masih ramai majikan yang hanya mula bertindak apabila keadaan sudah terlalu kritikal termasuk apabila syarikat sudah tidak mampu membayar gaji pekerja. Persoalannya, adakah ketika itu masih ada harapan untuk diselamatkan, atau semuanya sudah terlambat?
Realiti Yang Ramai Tak Nak Hadap
Hakikatnya, masalah kewangan syarikat jarang berlaku secara tiba-tiba. Ia biasanya bermula dengan tanda-tanda awal seperti jualan yang menurun, kos operasi yang meningkat, atau pengurusan kewangan yang kurang tersusun. Malangnya, ramai pemilik bisnes mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” tanpa sebarang pelan tindakan yang jelas.
Apabila situasi menjadi semakin teruk sperti stok berkurangan, bayaran tertangguh, dan komitmen kewangan semakin menekan barulah timbul rasa panik. Pada tahap ini, syarikat bukan sahaja berdepan dengan masalah kewangan, malah turut melibatkan kepercayaan pekerja, reputasi syarikat, dan kelangsungan operasi.
Kesan Apabila Gaji Tidak Dibayar
Tidak mampu membayar gaji bukan sekadar isu kewangan, tetapi juga isu kepercayaan dan tanggungjawab. Pekerja yang tidak menerima gaji akan mula hilang motivasi, kepercayaan terhadap majikan merosot, dan produktiviti kerja akan terjejas.
Dalam jangka masa panjang, situasi ini boleh membawa kepada:
- Kadar turnover pekerja yang tinggi
- Imej syarikat yang tercalar
- Risiko tindakan undang-undang daripada pekerja
- Gangguan operasi harian
Lebih membimbangkan, apabila pekerja mula meninggalkan syarikat, beban kerja akan meningkat kepada staf yang tinggal, seterusnya menjejaskan lagi prestasi keseluruhan organisasi.
Kenapa Masih Ramai Majikan Bertindak Terlambat?
Antara punca utama kenapa ramai majikan hanya bertindak di saat akhir ialah:
- Tiada perancangan kewangan yang jelas
- Kurang kesedaran tentang kepentingan pengurusan cashflow
- Bergantung sepenuhnya kepada pendapatan semasa tanpa simpanan kecemasan
- Tiada sistem atau SOP yang membantu mengawal operasi
Selain itu, ada juga majikan yang terlalu optimistik dan menganggap keadaan akan pulih dengan sendirinya tanpa sebarang intervensi strategik.
Masih Ada Harapan Atau Sudah Terlambat?
Jawapannya bergantung kepada tahap kritikal syarikat tersebut. Jika tindakan diambil sebaik sahaja tanda awal dikesan, peluang untuk menyelamatkan syarikat masih tinggi. Namun, jika syarikat sudah berada di tahap tidak mampu menampung kos asas, ruang untuk pemulihan menjadi semakin sempit.
Walau bagaimanapun, masih ada beberapa langkah yang boleh diambil:
- Menilai semula aliran tunai dan perbelanjaan syarikat
- Mengurangkan kos yang tidak kritikal
- Menyusun semula struktur operasi
- Mendapatkan nasihat atau bantuan daripada pakar
Apa yang penting, tindakan perlu diambil segera dan bukan sekadar menunggu keadaan menjadi lebih baik.
Kesimpulan
Masalah tidak mampu membayar gaji bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia adalah petanda bahawa syarikat sedang berada dalam keadaan yang serius dan memerlukan tindakan segera.
Namun, selagi masih ada ruang untuk bertindak, masih ada harapan untuk memperbaiki keadaan. Apa yang penting ialah kesedaran, tindakan pantas, dan perancangan yang betul.
Jangan tunggu sehingga semuanya menjadi terlalu kritikal baru mahu mencari jalan penyelesaian.
📩 PM Syazna World sekarang: http://hroutsourcing.wasap.my
🎁 Free 1 jam consultation


