Staff Datang Lambat: Apa Tindakan Majikan dan Bagaimana Nak Potong Gaji Pekerja?

Isu staff datang lambat boleh jejaskan operasi dan reputasi syarikat jika tidak ditangani dengan betul. Artikel ini kupas kesan kelewatan, tindakan sah majikan, serta pentingnya ada polisi kehadiran. Ketahui juga bagaimana Syazna World bantu majikan urus disiplin staf secara profesional dan ikut undang-undang.
staff datang lambat

Masalah staff datang lambat bukan isu baru dalam dunia pekerjaan, tapi ia tetap jadi antara punca utama kenapa produktiviti syarikat boleh merudum. Sama ada mereka lewat 10 minit atau 1 jam, hakikatnya setiap kelewatan akan beri kesan—besar atau kecil—terhadap operasi harian. Dalam artikel ini, kita akan kupas bagaimana majikan boleh bertindak secara sah dan strategik bila berdepan dengan isu ini.

Memahami Undang-Undang Berkaitan Pemotongan Gaji

Sebelum ambil apa-apa tindakan terhadap pekerja yang datang lambat, majikan perlu rujuk kepada Seksyen 24 Akta Kerja 1955. Di bawah seksyen ini, pemotongan gaji hanya dibenarkan jika:

  • Untuk bayar balik pinjaman atau pendahuluan
  • Untuk potongan wajib seperti KWSP, PERKESO dan cukai
  • Dengan persetujuan bertulis daripada pekerja

Apa yang penting, majikan tidak boleh sesuka hati potong gaji pekerja hanya kerana mereka datang lambat, melainkan ia memang ada dinyatakan dalam kontrak atau polisi syarikat dan telah dipersetujui oleh pekerja.

Wujudkan Polisi Kehadiran yang Tegas Tapi Adil

Langkah pertama untuk atasi isu staff datang lambat ialah dengan menyediakan satu polisi kehadiran yang jelas dan mudah difahami. Polisi ini perlu:

  • Mendefinisikan apa itu ‘lewat’ (contoh: lebih 5 minit dari waktu masuk)
  • Nyatakan prosedur jika lewat: contoh perlu maklumkan supervisor
  • Nyatakan jenis tindakan disiplin – dari amaran lisan, surat tunjuk sebab, sehingga ke potongan elaun atau tindakan tatatertib

Apabila polisi ini didokumentasikan dan diedarkan kepada semua staff, ia akan menjadi rujukan tetap setiap kali berlaku kelewatan.

Gunakan Sistem Kehadiran yang Sah & Konsisten

Salah satu sebab kenapa isu staff datang lambat susah nak dikawal ialah kerana sistem kehadiran yang lemah atau tidak konsisten. Majikan digalakkan guna sistem seperti:

  • Fingerprint atau face recognition system
  • Aplikasi kehadiran berasaskan cloud
  • Integrasi dengan sistem HR/payroll

Sistem ni bukan je bantu rekod masa masuk keluar dengan tepat, tapi juga jadi ‘bukti sah’ kalau berlaku pertikaian di kemudian hari.

Alternatif Kepada Potongan Gaji

Kalau staff datang lambat berulang kali, ada beberapa tindakan lain yang boleh diambil selain potong gaji:

  • Amaran lisan / bertulis
  • Tukar jadual kerja (contoh bagi waktu kerja lebih fleksibel)
  • Tindakan tatatertib jika kelewatan dah menjejaskan operasi

Yang penting, semua tindakan perlu ikut prosedur dan ada dokumentasi untuk elak isu legal.

Kesan Jangka Panjang Jika Majikan Tak Ambil Tindakan Tegas Bila Staff Datang Lambat

Kalau majikan ambil pendekatan ‘tutup sebelah mata’ terhadap isu pekerja datang lambat, ia boleh mencetuskan chain reaction yang berbahaya kepada organisasi, terutama SME. Mungkin nampak kecil—lambat 5, 10 minit je—tapi cuba bayangkan:

  • Budaya kerja mula longgar. Bila seorang staf dibiarkan lambat tanpa tindakan, staf lain pun akan rasa benda tu tak salah. Akhirnya, disiplin runtuh.
  • Moral staf lain jatuh. Staf yang berdisiplin dan ikut masa akan rasa tak dihargai. “Buat apa datang awal, yang lambat pun gaji sama?” Hasilnya: motivasi menurun.
  • Kualiti servis atau produk merosot. Bahagian operasi boleh terganggu, especially bila kerja perlu teamwork. Bila ada satu ‘lubang’ je lambat, flow terus cacat.
  • Pelanggan hilang kepercayaan. Kalau staf yang handle pelanggan datang lambat—contoh receptionist, customer service—brand syarikat boleh tercalar.
  • Kos tersembunyi meningkat. Walaupun tak nampak on paper, masa yang hilang tu sebenarnya kos. Kos delay, kos overtime, kos stress, semua tu snowball tanpa disedari.

Tindakan tegas bukan bermaksud kejam. Ia adalah tanggungjawab kepimpinan untuk kekalkan integriti budaya kerja.

Kenapa Majikan Perlu Ambil Servis HR Outsourcing dari Syazna World

Sebagai majikan, especially dalam SME, Tuan dan Puan tak boleh buat semua benda sendiri. Menguruskan isu macam “staff datang lambat”, cuti, disiplin, kontrak, dan compliance Akta Kerja – semua tu ambil masa dan tenaga.

Di sinilah Syazna World tampil sebagai solusi HR yang bijak dan berkesan.

✅ Kami bantu urus isu kehadiran dan kelewatan staf secara sistematik.
✅ Kami sediakan dokumen lengkap seperti polisi kelewatan, surat amaran, SOP dan rekod kehadiran.
✅ Kami pastikan segala tindakan majikan ikut lunas undang-undang, tak kira nak potong gaji ke, nak beri amaran ke.
✅ Kami bantu pantau kehadiran staf secara digital supaya Tuan tak perlu semak punch card manual.

Yang paling penting, servis HR outsourcing dari Syazna World membolehkan Tuan fokus kepada bisnes, bukan terperangkap dalam urusan pekerja yang remeh tapi kritikal.

Jika anda menghadapi masalah dalam pengurusan pekerja atau ingin mengetahui bagaimana HR boleh membantu perniagaan anda berkembang, hubungi Syazna World hari ini untuk sesi konsultasi percuma!

Dapatkan konsultasi percuma hari ini dengan team HR Syazna World.
Klik link ni sekarang HROutsourcing.wasap.my
Atau WhatsApp terus team kami di +60-11-5587 1677

Syazna World – HR Partner Terbaik untuk Majikan Yang Nak Tidur Lena Tanpa Risau Hal Pekerja.


Share this post
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp