MAJIKAN JANGAN GUNAKAN AYAT INI KALAU TAKNAK STAF KITA CABUT LARI.

Terdapat beberapa ungkapan atau ayat yang biasa digunakan oleh majikan tetapi dapat membuatkan staf berasa tidak selesa atau meluat. Ini mungkin disebabkan oleh cara komunikasi yang kurang sensitif atau kurang menghargai daripada majikan, atau mungkin kerana tekanan kerja yang tinggi. Berikut merupakan beberapa contoh ayat yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan yang digunakan oleh majikan terhadap staf atau pekerja.

Mari kita baca dan kaji apakah ayat yang biasa diungkapkan oleh majikan tetapi kebanyakan staf tidak menyukainya.

“Kenapa kerja ni belum siap lagi?”

Ungkapan atau ayat sebegini mungkin terdengar kita sebagai majikan ingin menyalahkan staf tanpa memberikan mereka ruang untuk penjelasan. Lebih baik mengajukan atau bertanya soalan dengan cara yang lebih positif, sebagai contoh “Macam mana kemajuan task atau tugasan yang saya berikan ini? Apakah ada apa apa masalah yang saya boleh bantu?”. Tanya secara berhemah, kadang-kadang kita rasa soalan yang kita ajukan itu biasa dan tidak menyinggung perasaan staf kita, tapi terdapat sesetengah staf yang berasa sebaliknya dalam hati mereka.

“Kerja ni senang je kan, kenapa susah sangat awak nak buat?”

Ayat ini mungkin membuatkan staf berasa dia dianggap remeh atau tidak dihargai. Setiap tugasan yang diberikan mempunyai tahap kesukaran dan kepayahan yang tersendiri, jadi sebagai majikan kita kenalah faham tentang hal ini, kita kena raikan setiap kepelbagaian yang ada pada staf kita. Lebih baik kita memberikan mereka semangat dan penghargaan keatas usaha mereka selama ini. Jika staf tak tahu cara untuk selesaikan tugasan tersebut, apa kata kita bantu staf kita untuk selesaikan masalah tersebut bersama sama.

“ Saya perlukan awak siapkan kerja ini dengan segera! Kalau tak siap jangan balik”

Meskipun seringkali tugas-tugas memang perlu diselesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan tetapi gunakanlah bahasa atau ayat yang sopan tanpa perlu menggunakan ayat yang boleh membuatkan staf kita berasa tertekan atau stress. Jadilah seorang majikan yang sentiasa mengambil berat dengan keadaan sekeliling staf.

“Saya taknak dengar apa apa complaint daripada awak semua”

Kalau kita perasan, terdapat sesetengah majikan bersikap dan berfikiran sempit dimana mereka tidak mahu mengambil tahu atau taknak terima apa-apa alasan daripada staf. Kita ini sebagai majikan perlulah ada sikap empati kepada staf kita. Kita perlu faham bahawa manusia takkan pernah terlepas daripada masalah, jadi sebolehnya dengarlah dahulu penerangan daripada staf kita atau lebih mudah dengar dahulu complaint mereka dan cuba selesaikan dahulu masalah tersebut berbanding mendahulukan emosi kita.

“Benda boleh fikir sendiri kan? Takkan nak harapkan saya lagi”

Ini lagi satu ayat yang mungkin ada dikalangan staf sering kali dengar. Sebenarnya staf atau pekerja kita itu tidak akan bertanya kalau mereka tahu cara untuk melaksanakan tugasan tersebut. Jadi kita sebagai majikan haruslah sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada staf kita supaya mereka lebih bersemangat untuk bekerja. Sebagai bos kita kena sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk membimbing staf, jadi bantulah mereka untuk mencapai kejayaan dalam tugasan mereka.

Penting untuk kita sebagai majikan ingat, bahawa komunikasi yang efektif melibatkan kejelasan, dukungan dan juga penghargaan. Menghindari kata-kata atau tone suara yang bersifat menyalahkan atau meremehkan staf kita dapat membantu membangun hubungan yang positif antara staf dan juga majikan.

Jika anda menghadapi masalah berkaitan staf, layari syazna.com/hr-outsourcing untuk konsultasi percuma. Kami sedia membantu anda mencari penyelesaian terbaik untuk perniagaan anda!


Share this post
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp