Pernah tak jadi situasi dekat tempat kerja korang, ada staff mohon cuti sehari sebelum atau selepas hari off mereka? Contoh, cuti hari Jumaat, Sabtu dah off. Atau cuti Isnin lepas Ahad off. Nampak macam biasa je kan? Tapi kalau ramai buat benda yang sama – silap-silap boleh kelam-kabut satu pejabat.
Fenomena cuti sambung dengan off day ni memang jadi isu biasa terutama kat syarikat SME yang belum ada sistem HR yang mantap. Bila tak dikawal, boleh jejas operasi harian, susun jadual jadi lintang-pukang, dan yang tak ambil cuti pun rasa tak adil. Jadi, jom kita kupas apa sebenarnya hak majikan dan macam mana nak urus isu ni secara bijak dan berhemah.
Apa Maksud Sebenar ‘Cuti Sambung Dengan Off Day’?
Senang je nak faham. Situasi ni berlaku bila staff ambil cuti tahunan sehari sebelum atau selepas hari rehat mingguan (biasanya Sabtu atau Ahad). Contoh:
- Cuti hari Jumaat, Sabtu off, Ahad pun off.
- Cuti hari Isnin, lepas rehat Ahad.
- Yang kreatif sikit, sambung dengan MC — jadi cuti 4-5 hari terus!
Nampak macam jimat cuti tahunan, tapi sebenarnya bagi kesan besar kepada kerja harian. Bayangkan bila ramai cuti panjang serentak – siapa nak cover kerja? Lagi-lagi kalau syarikat kecik, memang terasa kesannya.
Apa Kata Undang-Undang? (Rujuk Akta Kerja 1955)
Dalam Akta Kerja 1955, memang cuti tahunan tu hak pekerja. Tapi hak tu bukanlah automatik boleh ambil sesuka hati. Masih tertakluk kepada kelulusan majikan.
Majikan ada hak untuk tolak permohonan cuti kalau ia ganggu operasi. Kalau staf selalu mohon cuti last minute bersambung dengan off day, majikan boleh siasat, dan kalau perlu – tolak permohonan tu. Yang penting, buat dengan adil dan ada bukti hitam putih kalau berlaku salah faham.
Nak lebih kemas, boleh juga tetapkan notis berapa hari awal perlu mohon cuti, atau buat sistem cuti ikut kehadiran dan prestasi.
Kalau Dibiarkan – Apa Boleh Jadi?
Kalau tak dikawal:
- Staff lain terpaksa cover kerja.
- Projek boleh delay.
- Orang yang patuh sistem mula rasa tak puas hati.
- Budaya kerja longgar dan ambil mudah boleh terbentuk.
Lama-lama boleh jadi isu besar yang jejas reputasi syarikat dan team jadi tak seronok bekerja. Bila staf tak puas hati – turnover naik, kena cari orang baru, training lagi – kos naik!
5 Cara Majikan Boleh Urus Cuti Sambung Off Day Dengan Bijak
1. Ada Polisi Yang Jelas
Pastikan semua pekerja tahu dan faham peraturan cuti. Masukkan dalam Employee Handbook. Nyatakan cuti tak boleh bersambung dengan off day sesuka hati – mesti ikut kelulusan dan ikut prosedur.
2. Guna Sistem Cuti Digital
Kalau guna sistem HR online, lebih mudah untuk:
- Lihat permohonan secara real-time.
- Elak cuti clash.
- Tengok siapa yang selalu mohon bersambung.
- Generate laporan untuk management.
3. Bincang & Jelaskan Dengan Team
Ambil masa untuk explain kenapa cuti macam ni tak digalakkan. Bila team faham, mereka lebih mudah terima. Guna townhall, WhatsApp group, atau emel untuk sampaikan mesej ni.
4. Nilai Kes Demi Kes
Jangan pukul rata – tengok juga situasi pekerja. Kalau memang tak ganggu operasi dan ada backup, mungkin boleh lulus. Tapi kalau waktu kritikal, tak salah untuk tolak.
5. Sediakan Alternatif
Kalau staf perlukan masa rehat lebih:
- Boleh cadang ambil unpaid leave.
- Tukar shift dengan rakan sekerja.
- Kerja dari rumah jika sesuai.
- Bagi cuti ganti kalau ada kerja lebih masa.
Macam Mana Kalau Ada Pekerja Selalu Buat Macam Ni?
Kalau staf suka ambil cuti jenis ni berulang kali:
- Panggil berbincang.
- Tengok semula rekod cuti dan prestasi.
- Bagi surat amaran jika perlu.
- Tegaskan semula polisi syarikat.
Yang penting, semua staf kena dilayan sama rata supaya tak timbul isu berat sebelah.
Cuti bersambung dengan off day ni bukanlah satu kesalahan besar. Tapi kalau tak dikawal, memang boleh beri kesan buruk pada team dan operasi syarikat. Jadi sebagai majikan, penting untuk ada polisi yang jelas, komunikasi yang baik, dan sistem HR yang tersusun.
Tak semua staf faham kenapa cuti ni jadi isu. Jadi, kita sebagai majikan kena bantu mereka faham dan pada masa sama jaga kelancaran operasi.
Nak Selesaikan Isu Cuti Pekerja? Kami Boleh Bantu!
Di Syazna World, kami sedia bantu majikan SME urus hal HR termasuk:
- Buat polisi & handbook pekerja.
- Sistem cuti online.
- Latihan & pemahaman undang-undang kerja.
Kalau anda selalu pening kepala dengan isu cuti bersambung dengan off day, hubungi kami sekarang untuk dapatkan konsultasi HR percuma!
Dapatkan konsultasi percuma hari ini dengan team HR Syazna World.
Klik link ni sekarang HROutsourcing.wasap.my
Atau WhatsApp terus team kami di +60-11-5587 1677
Syazna World – HR Partner Terbaik untuk Majikan Yang Nak Tidur Lena Tanpa Risau Hal Pekerja.