CARA MAJIKAN MAHU MENGURUSKAN STAF DENGAN PELBAGAI LATAR BELAKANG.

CARA MAJIKAN MAHU MENGURUSKAN STAF DENGAN PELBAGAI LATAR BELAKANG.: ika kita lihat, tentu sekali kita sedar bahawa dalam sebuah organisasi syarikat mesti terdapat staf-staf yang datang daripada pelbagai latar belakang. Tidak kiralah dari segi pendidikan ataupun keluarga. Jadi, kami di Syazna World mahu kongsikan cara atau tips untuk menguruskan staf yang mempunyai pelbagai latar belakang.

  1. Bina Budaya Kerja Yang Inklusif

Budaya kerja yang inklusif ini merangkumi kepada penerimaan dan menfokuskan kepada kepelbagaian dan menghormati perbezaan di kalangan staf dan majikan atau bos perlulah memastikan semua individu yang bekerja dengan kita berasa diterima dan dihargai, tidak kiralah apa sahaja latar belakang mereka.

  1. Menggunakan Komunikasi Yang Efektif

Disini, bos atau majikan perlulah berkomunikasi dengan pekerja secara jelas dan terbuka. Pihak majikan perlulah mengadakan sesi pertemuan secara berkala untuk membincangkan isu-isu atau memberi peluang untuk mereka bertukar pendapat antara satu sama lain

  1. Berikan Tanggungjawab dan Peluang

Majikan atau bos perlulah memberikan tanggungjawab yang sesuai dengan kemahiran individu atau pekerja tersebut. Berikanlah para pekerja kita peluang untuk melibatkan diri dalam projek atau inisiatif yang dapat meningkat motivasi untuk bekerja.

  1. Hormati Kehidupan Peribadi

Kita sebagai majikan haruslah dan perlulah menghormati kehidupan peribadi staf atau pekerja kita. Sebolehnya kita mestilah menghindari atau tidak campur tangan secara berlebihan dalam kehidupan peribadi staf. Kita mestilah menghormati batasan individu yang terkait dengan kehidupan keluarga dan peribadi mereka. Senang cakap jangan “cross the line” yang telah ditetapkan dan yang paling penting janganlah bos atau majikan mencampurkan urusan kerja dan peribadi dengan pekerja.

  1. Sistem Ganjaran yang Adil

Bila bercakap tentang ganjaran mestilah kita merujuk kepada gaji pekerja kita, majikan perlulah memastikan setiap pekerja menerima ganjaran yang adil selaras dengan prestasi dan juga usaha yang diberikan oleh mereka. Apabila berlakunya sistem ganjaran atau gaji yang adil, maka pekerja kita akan gembira untuk melakukan tugasan mereka. 

Dengan mengamalkan tips ini, anda dapat membina persekitaran kerja yang inklusif dan memberikan peluang untuk perkembangan dan kesejahteraan staf anda yang berbilang latar belakang.

Jika anda menghadapi masalah berkaitan staf, layari syazna.com/hr-outsourcing untuk konsultasi percuma. Kami sedia membantu anda mencari penyelesaian terbaik untuk perniagaan anda!

Share this post
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp