Dalam dunia pekerjaan hari ini, masih ramai pekerja terutama dalam sektor SME yang bekerja bertahun-tahun tapi tiada caruman EPF atau SOCSO.
Situasi ini bukan saja menyalahi undang-undang, malah boleh menjejaskan masa depan pekerja dan membawa risiko besar kepada majikan.
Tapi sebelum panik atau terus menyalahkan sesiapa, mari kita faham dulu apa tanggungjawab sebenar majikan dan hak pekerja di bawah undang-undang Malaysia.
Apa Kata Undang-Undang Tentang EPF & SOCSO?
Menurut Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), setiap majikan diwajibkan untuk:
- Mendaftar setiap pekerja yang layak dengan EPF dan SOCSO.
- Membayar caruman bulanan tepat pada masanya.
- Menyerahkan slip potongan dan rekod pembayaran kepada pekerja.
Maksudnya, walaupun pekerja baru sehari masuk kerja, jika memenuhi syarat pekerjaan (bukan kontraktor bebas atau freelancer), majikan mesti mula mencarum.
Kegagalan majikan berbuat demikian boleh menyebabkan:
- Denda maksimum RM10,000 atau penjara hingga 2 tahun, atau kedua-duanya sekali (di bawah Akta KWSP).
- Denda maksimum RM10,000 atau penjara hingga 2 tahun di bawah Akta PERKESO.
“Saya Dah Kerja Bertahun Tapi Tak Pernah Nampak Slip Caruman…”
Masalah ni sangat biasa terutama di syarikat kecil yang tiada jabatan HR formal.
Pekerja mula perasan bila:
- Tak pernah terima penyata EPF.
- Akaun i-Akaun kosong walaupun dah kerja lama.
- Slip gaji cuma tulis potongan, tapi bila semak tiada rekod caruman sebenar.
Kalau ini berlaku, jangan diamkan diri. Anda berhak tahu ke mana perginya potongan gaji anda.
Langkah Pertama: Semak Rekod Caruman
Sebelum menuduh majikan, semak dulu status caruman anda.
Boleh semak secara percuma melalui:
- i-Akaun (KWSP)
- ASSIST (PERKESO)
Jika tiada sebarang caruman direkodkan, anda boleh:
- Cetak bukti tempoh pekerjaan (surat lantikan, slip gaji, mesej WhatsApp, dsb).
- Simpan semua bukti potongan atau janji majikan berkaitan caruman.
- Buat laporan rasmi ke cawangan KWSP atau PERKESO terdekat.
Pegawai akan bantu semak sama ada syarikat benar-benar gagal mencarum dan akan mengeluarkan notis siasatan kepada majikan.
Kalau Majikan Enggan Bayar Caruman Tertunggak?
EPF dan SOCSO ada kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan terus terhadap majikan.
Ini termasuk:
- Mengeluarkan Notis Kompaun atau Saman Mahkamah.
- Menuntut bayaran balik tertunggak termasuk denda.
- Dalam kes berat boleh sampai ke tahap penyitaan akaun syarikat.
Namun, sebagai pekerja, anda juga berhak memfailkan aduan rasmi ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk tuntutan gaji dan hak pekerjaan yang tidak dipatuhi.
Bagi Majikan: Jangan Ambil Mudah Isu Caruman
Ramai majikan SME sangka, “Alah, staf tak tanya pun pasal EPF…”
Tapi realitinya, tanggungjawab tu tetap di bahu majikan.
Kesan jangka panjang kalau tak mencarum:
- Reputasi syarikat boleh terjejas bila disemak oleh calon staf baru.
- Risiko audit dari JTK, KWSP, atau PERKESO meningkat.
- Bila staf berhenti, mereka boleh buat tuntutan balik yang nilainya ribuan ringgit.
Bagi majikan yang terlepas pandang atau baru nak betulkan semula sistem belum terlambat.
Ada banyak cara untuk mengemaskini rekod HR dan mula mencarum dengan betul.
Bagi Majikan: Jangan Ambil Mudah Isu Caruman
Ramai majikan SME sangka, “Alah, staf tak tanya pun pasal EPF…”
Tapi realitinya, tanggungjawab tu tetap di bahu majikan.
Kesan jangka panjang kalau tak mencarum:
- Reputasi syarikat boleh terjejas bila disemak oleh calon staf baru.
- Risiko audit dari JTK, KWSP, atau PERKESO meningkat.
- Bila staf berhenti, mereka boleh buat tuntutan balik yang nilainya ribuan ringgit.
Bagi majikan yang terlepas pandang atau baru nak betulkan semula sistem belum terlambat.
Ada banyak cara untuk mengemaskini rekod HR dan mula mencarum dengan betul.
Jalan Keluar: Mulakan Dengan Sistem HR Yang Telus
Semuanya bermula dengan rekod HR yang lengkap dan tersusun.
Kalau dokumen pekerja, slip gaji, dan senarai caruman masih manual,
risiko terlepas pandang memang tinggi.
Solusinya?
Gunakan sistem HR digital yang:
- Rekodkan semua data pekerja dalam satu tempat.
- Jana slip gaji automatik dengan potongan EPF & SOCSO yang betul.
- Hantar notis caruman tepat pada masanya.
- Mudah diakses bila ada audit atau pemeriksaan daripada KWSP / PERKESO.
Dengan sistem yang betul, anda bukan sahaja patuh undang-undang
tapi juga tunjukkan kepada staf bahawa syarikat anda beretika, profesional dan boleh dipercayai.
Kesimpulan: Hak Pekerja, Tanggungjawab Majikan
Kalau anda pekerja yang belum dapat caruman, jangan diam.
Laporkan dan tuntut hak anda.
Kalau anda majikan, jangan tunggu sampai disaman baru nak betulkan.
Mulakan sekarang audit semula rekod, semak semula slip gaji, dan pastikan setiap potongan benar-benar sampai ke akaun staf.
Sebab akhirnya, kepercayaan pekerja terbina daripada ketelusan majikan.
Nak pastikan syarikat anda patuh undang-undang HR dan caruman pekerja lengkap?
PM kami di Syazna World hari ini untuk semakan percuma sistem HR anda.
Kami bantu SME urus dokumen, slip gaji, dan caruman dengan lebih mudah & patuh undang-undang.





